web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 5:02PM

Gambar JBPM Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Seorang ibu dan dua ananya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihanya menerima laporan berhubung kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai berhampiran sebuah bank di situ pada 7.02 pagi sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kebakaran itu menyebabkan seorang wanita Nurul Bowjiya, 58, dan anak lelakinya Muhamad Ibrahim, 33, serta anak perempuannya Rahbiah Jasmin, 20, meninggal dunia.

"Berdasarkan temubual awal ke atas seorang mangsa yang terselamat iaitu anak lelaki wanita itu yang berusia 30 tahun memaklumkan dia, ibu serta abangnya telah berjaya keluar dari rumah kedai tersebut sebaik menyedari berlaku kebakaran.

"Walau bagaimanapun emak dan abangnya yang menyedari adik perempuannya masih berada di dalam rumah telah bertindak memasuki semula rumah kedai itu bagi menyelamatkan mangsa, namun ketiga-tiga mereka terperangkap dalam premis tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kamarul Rizal berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berjaya ditemui oleh pihak bomba selepas api dapat dipadamkan.

Tambah beliau mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mond Faris Mansor berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.06 pagi dan terus ke lokasi bersama dua jentera dengan dibantu pasukan dari BBP Balik Pulau.

"Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dan kerja-kerja pemadaman telah membabitkan tiga jentera tangki air termasuk mengawal api daripada merebak," katanya di sini.

Beliau berkata kebakaran itu mencetuskan asap tebal kerana ia membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.

"Setelah selesai pemadaman api, kami menemui mayat dua mangsa di tingkat bawah manakala satu lagi di tingkat atas," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad