web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serbuan Pusat Hiburan, 15 Wanita Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 1:21PM

Gambar JIM Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang menahan 15 wanita warga asing disyaki menjadi peneman berhibur dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini, malam tadi.

Pengarah JIM Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim berkata mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.

"Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 antaranya tinggal lebih masa di negara ini, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan pas," katanya hari ini.

Beliau berkata kesemua wanita terbabit didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas lawatan kerja sementara serta mempunyai pekerjaan lain sebagai tukang cuci pejabat, pembantu restoran dan pekerja spa.

Menurut Nur Zulfa, mereka dikatakan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan memberi alasan datang ke pusat hiburan berkendan atas jemputan rakan, selain mahu meraikan hari lahir kenalan kepada rakan tetapi sebenarnya menjadi peneman kepada lelaki yang datang berhilbur di situ.

"Operasi bermula 11.15 malam itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa JiM Pulau Pinang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Izham Idris," katanya sambil menambah,  kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Juru untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad