web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejar Lebih 15Km, Polis Tahan Lelaki Di BKE

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2024 8:24AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan keretanya selepas diarahkan Unit Kereta Peronda (MPV) polis berakhir dengan penahanannya di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth/Kulim (BKE) setelah dikejar lebih 15 kilometer seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 petang kelmarin bermula apabila anggota MPV cuba menahan kereta dipandu lelaki tempatan kerana disyaki memukul seorang lelaki warga asing di Pusat Perniagaan Alma, dekat sini.

"Semasa anggota MPV menghampiri kereta dipandu lelaki tersebut, dia telah bertindak memecut kenderaannya dan pihak polis mengejar serta mengarahkan pemandu tersebut supaya berhenti namun suspek enggan berbuat demikian malah dia juga telah melanggar sebuah motosikal di persimpangan Jalan Jaya Gading, di sini," katanya dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior dan pemeriksaan dalam kenderaan menemui botol plastik yang telah diubah suai disyaki untuk menghisap dadah.

Dia juga mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan ujian air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, lelaki yang berusia 40-an itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 dan 323 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta mendatangkan cedera dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular di media sosial dua video masing-masing berdurasi 32 saat yang memaparkan sebuah kereta yang dipandu laju dan berbahaya di kawasan Seberang Jaya, di sini kerana cuba meloloskan kenderaan dari ditahan MPV yang mengejarnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad