web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 8:12AM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki berumur 25 tahun di Batu Caves petang semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan jam 3 petang di sebuah rumah.

"Kita akan mengemukakan perintah reman terhadap kedua-dua suspek terbabit esok (hari ini) dan berdasarkan siasatan awal, kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur ekstremisme," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri lbu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini semalam.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata pihaknya juga telah mengambil keterangan pemilik premis dan pengurus pusat hiburan berkendan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.

Kelmarin, tular video melalui media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan terbabit.

Sementara itu, mengulas mengenai 10 suspek termasuk tiga warga asing yang mempunyai kaitan dengan lelaki Israel yang didakwa di mahkamah atas tuduhan memiliki senjata api, Rusdi berkata kesemua mereka akan dibebaskan minggu depan dengan jaminan polis.

Beliau berkata tiga warga asing berkenaan bagaimanapun akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.

"Mereka akan dibebaskan sebelum tempoh reman tamat pada 14 dan 15 Mei ini, walaupun dibebaskan mereka tetap boleh dipanggil semula bagi membantu siasatan," katanya.

Pada 30 April lepas, Rusdi dilaporkan berkata, polis akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara bagi menentukan bentuk tindakan lanjut terhadap individu berkenaan yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pada 11 April, lelaki Israel yang memiliki pasport kewarganegardan Perancis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memiliki enam senjata api dan 158 butir peluru di sebuah hotel di ibu negara bulan lepas.

Sepasang suami isteri pula mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang pada 8 April terhadap pertuduhan yang berkaitan dengan pemilikan senjata api berkenaan. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Premis Hiburan Terbakar Dilempar Bom Petrol

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Suspek Lempar KK Mart Bidor Dengan Bom Dikesan Menerusi CCTV

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad