web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Mula Uji Ivermectin Ke Atas Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 8:53AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) telah memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases namun belum ada bukti yang konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19.

“Penggunaan ‘off-label’ Ivermectin telah meraih perhatian global berikutan terdapat beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.

“FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal di mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata oleh itu, ujian klinikal perlu diteruskan dengan teliti bagi mengenal pasti peranan Ivermectin dalam merawat COVID-19.

Katanya KKM dan ICR telah memulakan ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) yang diketuai pakar Penyakit Berjangkit Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dengan dibantu sepasukan pakar dan penyelidik Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di 12 hospital di bawah KKM.

Dr Noor Hisham berkata ujian itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kajian dan Etika Perubatan pada 25 Mei yang menyaksikan perbandingan antara rawatan Ivermectin (dos tertentu dengan tempoh tertentu) dengan rawatan standard semata-mata.

Beliau berkata kajian itu akan melibatkan 500 subjek daripada kumpulan berisiko tinggi berusia 50 tahun dan ke atas yang dimasukkan ke hospital KKM dengan gejala ringan atau sederhana COVID-19 (kategori dua hingga tiga).

“Kajian itu bertujuan menentukan keberkesanan Ivermectin dalam mencegah COVID-19 daripada menjadi lebih serius (kategori empat dan lima) dan mengurangkan kematian.

“ICR telah menubuhkan Lembaga Pemantauan Data (DMB) yang terdiri daripada doktor biasa yang bebas, ahli farmasi ujian klinikal serta pakar metodologi bagi melindungi pesakit yang diuji dari segi keselamatan dan keberkesanan produk penyelidikan seperti ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya.

Beliau berkata kajian itu dimulakan pada 31 Mei lepas dan setakat ini, lapan pesakit telah didaftar dalam ujian klinikal tersebut yang dijangka selesai menjelang September 2021. - Bernama

TAG: noor hisham, kementerian kesihatan, Ivermectin, ujian klinikal, COVID-19

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad