web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 9:25AM

Anggota APM sedang membuka pintu kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap. - gambar APM Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap di dalam kereta di Jalan Bukit Bintang di sini malam tadi.

Pegawai Operasi APM Kuala Lumpur, Lt Shahrul Kamar Mohd Johari, berkata dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.

Beliau berkata, lelaki warga Korea Selatan yang tidak menyedari kunci kereta berkenaan berada di tangan anaknya kemudian mengunci pintu menyebabkan anaknya terperangkap di dalam kereta susulan isteri dan anak sulungnya berada di luar kenderaan itu. 

Tahap kesihatan kanak-kanak itu diperiksa selepas diselamatkan. - gambar APM Kuala Lumpur
Tahap kesihatan kanak-kanak itu diperiksa selepas diselamatkan. - gambar APM Kuala Lumpur

"Pasukan APM yang menerima panggilan kecemasan kemudian digerakkan ke lokasi dan berjaya membuka pintu kereta berkenaan pada 8.55 malam," katanya ketika dihubungi.

Shahrul Kamar berkata, APM mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu kereta berkenaan dan pemeriksaan kesihatan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan sihat. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad