web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komponen BN Mesti Bantu Calon Kerajaan Perpaduan Di KKB - Tok Mat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:17PM

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa membantu calon yang mewakili kerajaan perpaduan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu akan datang.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga lebih dikenali sebagai Tok Mat, berkata BN menghormati sistem di mana parti penyandangnya akan diberi keutamaan untuk bertanding.

“Kerusi itu milik Pakatan Harapan (PH) dan tidak ada sebab parti lain dalam kerajaan perpaduan tidak perlu membantu calon.

“Kita tidak akan mengadakan pilihan raya umum di mana kita boleh bertukar-tukar kerusi. Kerusi itu telah dikosongkan berikutan kematian penyandang daripada DAP dan parti perlu diberi pilihan untuk menamakan calon lain,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang turut dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Rembau.

Mengenai keengganan MCA dan MIC untuk membantu kempen itu, Mohamad berkata, mereka akan menguruskan perkara itu dan menegaskan pada PRK Pelangai sebelum ini, kerajaan perpaduan turut membantu calon BN.

MCA dan MIC sebelum ini mengumumkan tidak akan berkempen pada PRK Kuala Kubu Bharu sekiranya calon kerajaan itu bukan daripada BN.

Mohamad yang juga timbalan presiden UMNO berkata, prinsip yang diamalkan sebelum ini ialah tolong menolong antara satu sama lain.

“Rakyat telah membantu kita, sekarang kita bantu, ini semua untuk memastikan urusan menghadapi PRK ini dapat diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, BN akan bermesyuarat selepas calon Kuala Kubu Bahru diumumkan dan akan mengatur strategi dan perancangan.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil pada 11 Mei, manakala 27 April hari penamaan calon dan pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei. – The Malaysian Insight, 20 April, 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad