web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Keluarkan Lebih 5,000 Kompaun Kesalahan Tembakau Bernilai RM1.38 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 4:01PM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sejumlah 5,549 kompaun untuk kesalahan membabitkan tembakau sepanjang Mac lalu, dengan nilai tawaran RM1,384,600.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata penguatkuasaan itu dibuat mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakay (PPKHT) 2004.

“Melalui penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakay (PPKHT) 2004, daripada 18,178 premis yang dilawati, sejumlah 8.926 notis kesalahan dikeluarkan.

“Sebanyak 5,549 kompaun telah ditawarkan dengan nilai berhumlah RM1,384,600,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang bulan sama, beliau berkata, KKM turut melakukan tindakan penguatkuasaan terhadap 33,473 premis makanan, mengikut Akta Makanan 1983.

Beliau berkata, melalui pemeriksaan berkenaan, sebanyak 124 premis dikenakan arahan penutupan sementara mengikut Seksyen 11, akta berkenaan.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan,” katanya.

Bagi menangani ancaman wabak denggi, Dr Muhammad Radzi berkata, KKM turut menjalankan tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, dengan mengeluarkan 3,816 kompaun bernilai RM1,908,000.

Beliau berkata, sejumlah 642 kes sudah didaftarkan untuk tindakan mahkamah manakala 95 kes sudah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM180,600.

“KKM Sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan demi kepentingan Kesihatan awam,” katanya. – Getaran, 20 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad