web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 9:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab, berkata Nuqman Naufal Shamsul Fadzli,14, pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi tadi.

"Anggaran 700 pelajar menyertai larian merentas desa sepanjang tujuh kilometer itu pagi tadi dan ketika pelajar itu hampir ke garisan penamat, dia telah rebah serta tidak sedarkan diri.

“Guru ada memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar tersebut tidak memberikan tindak balas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, pihak sekolah segera menghubungi talian 999 dan pelajar itu dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

"Pada 10.15 pagi tadi ambulans tiba di Unit Kecemasan dan setelah hampir sejam memberikan bantuan, pelajar itu akhirnya disahkan meninggal dunia," katanya.

Syahrul Anuar menjelaskan berdasarkan keterangan bapa pelajar itu, anaknya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang pada 2016 dan mempunyai kad rawatan bagi penyakitnya itu dari Institut Jantung Negara (IJN) selain sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid ketika ditemui di Unit Forensik HTAN mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pelajar berkenaan.

"Saya diberitahu oleh pihak keluarga dan sekolah bahawa pelajar ini ada penyakit jantung, dia tidak berlari sangat mungkin keadaan kesihatannya itu membuatkan dia berasa tidak selesa dan terus rebah.

"Saya telah berjumpa dengan pengetua dan keluarga, masing-masing dapat menerima keadaan ini dengan baik terutamanya ibu bapa pelajar itu, mereka mengakui anaknya ada penyakit dan reda dengan apa yang berlaku," katanya. 

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menularkan kenyataan yang salah dan negatif berhubung insiden yang menimpa pelajar tersebut.

Menurutnya hasil pertemuan bersama pihak sekolah dan keluarga, beliau dimaklumkan bahawa pelajar itu memang berminat untuk melakukan larian tersebut.

"Saya berharap perkara ini tidak diviralkan secara salah, perlu terima takdir ini malah ibu bapa pelajar itu juga menerima takdir ini dengan baik walaupun sukar.

"Hanya keluarga sahaja yang tahu minat anaknya dalam bidang sukan, mungkin ibu bapa tahu anaknya boleh merentas desa atau melakukan aktiviti lain, netizen tidak tahu...saya bertanya kepada ibu pelajar itu, anaknya minat untuk melakukan aktiviti itu dan apabila bersama kawan-kawan dia lupa yang dia sakit," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar