web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:03PM

Walaupun panggilan penipuan ini sudah ditandakan sebagai 'scam' masih ada lebih 10 peratus pengguna yang menjawab panggilan sedemikian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Malaysia mengesan sebanyak 1,632,290 kes membabitkan panggilan ‘scam’ dilaporkan sepanjang tahun lalu, iaitu peningkatan drastik sebanyak 100.92 peratus berbanding sejumlah 812,428 kes pada tahun sebelumnya.

Menurut data tahunan bagi 2023 dikeluarkan Whoscall, mendedahkan Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Hong Kong, dalam kalangan tujuh negara di Asia yang menyaksikan peningkatan panggilan ‘scam’ atau penipuan, manakala Jepun berada di tempat ketiga.

Bagaimanapun, negara Asia lain seperti Taiwan, Thailand, Korea Selatan dan Filipina, menunjukkan pengurangan laporan panggilan sedemikian.

Whoscall adalah aplikasi antipenipuan digital di bawah penyedia perkhidmatan TrustTech, Gogolook.

"Walaupun terdapat peningkatan risiko panggilan penipuan di Malaysia, Whoscall berjaya membantu penggunanya dengan mengenal pasti dan menambah tanda "scam" kepada 1,632,290 panggilan sepanjang 2023.

“Bagaimanapun, sebanyak 10.35 peratus atau sejumlah 168,946 pengguna, masih memilih untuk menjawab panggilan yang sudah ditandakan sebagai ‘scam’,” kata Ketua Pemasaran Negara bagi Gogolook Malaysia, Man Yong.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakan strategik jangka panjang bagi Whoscall dan bekerjasama rapat dengan berkongsi pangkalan data, dalam usaha untuk menangani kes penipuan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Duta Antipenipuan PDRM, Rahmat Fitri Abdullah, berkata penipuan melalui panggilan telefon mencatatkan penipuan dalam talian paling tinggi dengan sebanyak 2,092 kes, membabitkan kerugian mencecah RM65.8 juta, dalam tempoh hanya dua bulan pertama tahun ini.

Selain itu, taktik lain yang turut kerap digunakan untuk penipuan adalah ‘scam’ pautan atau URL yang dikongsikan melalui aplikasi sembang.

“Kami menggesa rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada dan berfikir dua kali sebelum menekan sebarang pautan.

“Kecerdasan Buatan (AI) yang dijana kini digunakan untuk mencipta kandungan palsu, menyebabkan sukar untuk membezakan kesahihan maklumat yang dikongsikan.

“Malaysia kini menyaksikan kemunculan trend dalam penipuan berasaskan AI, apabila penjenayah menggunakan rakaman laporan berita sebenar dan mengubah klip audio untuk mencapai sasaran tertentu, seperti menghasilan bahan positif mengenai peluang pelaburan, bagi meraih kepercayaan.

“Semakin ramai rakyat Malaysia yang terjerumus dalam penipuan sebegini,” katanya.

Man Yong berkata, taktik penipuan akan terus berkembang selari dengan kepesatan kemajuan teknologi, dan semakin sukar untuk membezakan apa yang selamat atau benar dengan yang sebaliknya.

“Penggunaan perisian teknologi untuk menilai risiko dan menjamin keselamatan maklumat kini menjadi antara cara paling berkesan untuk melindungi diri daripada penipuan dalam talian,” katanya. – Getaran, 18 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad