Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Insiden Tembak Di KLIA Terminal 1 Bermotif Peribadi, Bukan Rambang - Polis

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 4:35PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG – Penumpang yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan di fasiliti berkenaan susulan kejadian tembak pada awal pagi tadi.

Ia berikutan kejadian itu membabitkan sasaran yang spesifik serta bermotifkan agenda dan dendam peribadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata buat masa ini, penumpang atau orang awam yang berurusan di KLIA Terminal 1 tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatannya.

“Insiden ini bukanlah secara rambang. Ia membabitkan sasaran yang spesifik, dendam dan agenda peribadi,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian tembak di KLIA Terminal 1, pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kebimbangan penumpang yang melalui KLIA Terminal 1 susulan kejadian yang menyaksikan seorang pengawal peribadi cedera parah ditembak suami kepada majikannya.

Mohd Shuhaily berkata, berikutan kejadian berlaku di pintu masuk utama negara, insiden awal pagi tadi mendapat perhatian Bukit Aman, kerana ia tidak seharusnya berlaku.

Ditanya jika langkah keselamatan tambahan perlu diambil berikutan suspek berjaya membawa masuk senjata api yang kemudiannya digunakan dalam insiden berkenaan, Mohd Shuhaily berkata perkara berkenaan akan dikaji selepas ini.

“Secara jujur kehadiran saya pagi ini mengambil kira perkara itu. Ini bukan kali pertama (kejadian sedemikian) berlaku di KLIA.

“Namun, untuk kawalan keselamatan lebih lanjut, khusus dan terperinci, sememangnya akan dikaji selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia adalah premis persendirian dan lokasi tumpuan utama, justeru pihak berkuasa akan menilai semula tahap keselamatan sedia ada di lapangan terbang itu, apabila ditanya jika ada keperluan untuk melaksanakan langkah keselamatan termasuk mesin pengimbas.

Tular hari ini, suasana kelam kabut akibat kejadian berkenaan yang berlaku ketika orang awam sedang menunggu ketibaan jemaah umrah atau berada di KLIA atas urusan untuk memulakan perjalanan, turut dirakam beberapa individu dan dikongsikan melalui media sosial

Melalui satu video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @zakwanyaakub, kelihatan seorang lelaki berlari manakala beberapa jemaah umrah melutut dan berlindung di sekali bagasi di Balai Ketibaan di Terminal 1.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebelum ini dilaporkan mengesahkan kejadian tersebut dan berkata seorang lelaki cedera selepas terkena tembakan yang dipercayai ditujukan kepada majikannya. – Getaran, 14 April 2024

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemimpin Industri, Perniagaan Antarabangsa Nyata Minat Melabur Di Malaysia – PM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Semasa 11 jam yang lalu

Presiden Palestin Rakam Terima Kasih Kepada Kepimpinan, Rakyat Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo