web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Saman, Jalan di LTU Raub Akan Ditutup - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 1:06PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak polis hanya akan menutup jalan dan tidak akan mengeluarkan saman terhadap pemandu kenderaan yang membuat 'pusingan U' di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub, Pahang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira masalah kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit, susulan peningkatan jumlah pengguna jalan raya  yang menggunakan laluan itu bagi menyambut Aidilfitri.

“Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham mereka semua nak balik kampung dan kita juga bukan mahu mencari kesalahan, tetapi hanya mahu permudahkan urusan semua.

"Kita akan lancarkan lalu lintas dan mungkin akan tutup laluan itu bagi mengelakkan perbuatan 'u-turn'. Mungkin ini pendekatan kita," katanya seperti dipetik portal BHarian hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azaman Ahmad Sapri kepada timbalannya, Datuk Nasri Omar yang akan memangku jawatan itu, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Mohd Shahril Abdul Rahman dalam kenyataan berkata, polis akan mengesan kenderaan yang berpatah balik di LTU, Raub.

Ia susulan laporan polis yang dibuat selepas tular satu video di laman sosial pada Jumaat lalu memaparkan insiden kenderaan melakukan pusingan U melawan arus  di laluan tersebut kira-kira jam 2 hingga 4 petang.

“Ketua Polis Daerah Raub memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Raub mengesan serta mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang melanggar peraturan jalan raya,” katanya. - Getaran, 8 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad