web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Logo Kalimah Allah Di Tapak Kasut, Polis Terima 8 Laporan - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 9:03PM

Razarudin Husain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Polis telah menerima lapan laporan di seluruh negara setakat ini berkaitan isu logo sebuah syarikat kasut terkenal didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata berikutan itu satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melibatkan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan.

"Polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun, petang tadi, di Pulau Pinang yang mendakwa melihat satu video berhubung isu kalimah Allah di tapak kasut di laman Facebooknya," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial berkenaan seorang lelaki mendakwa kasut Vern's yang dibelinya memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam maklum balas berkaitan isu itu berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut, esok. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad