web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,454 Kandungan 3R Dalam Media Sosial Diturunkan Setakat Ini - Teo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 3:32PM

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika melihat jubin di lantai kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sawit, Kulai, yang rosak. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAl - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata daripada jumlah itu, ucapan kebencian berkaitan agama merupakan yang tertinggi dengan 727 kandungan diikuti berkaitan kaum (588) dan institusi diraja (139).

"Pada tahun lepas, MCMC telah menurunkan sebanyak 1,633 kandungan berkaitan 3R dan pada tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 1,454 kandungan 3R telah dibawa turun, angka ini amat membimbangkan," katanya kepada pemberita ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sawit di sini hari ini.

Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, pecahan statistik kandungan berkaitan 3R yang paling tinggi dikesan adalah menerusi Facebook dengan 731 diikuti aplikasi TikTok (705);aplikasi X (sembilan); YouTube (lima) dan Telegram (empat).

Ketua Wanita DAP itu juga menyuarakan kebimbangan bahawa kes terbabit akan meningkat pada bulan depan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

"Kebiasaannya pada proses pilihan raya seperti PRU (Pilihan Raya Umum), PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRK, hantaran mengenai 3R ini lebih kerap dibangkitkan, harap perkara ini tidak berlaku pada PRK Kuala Kubu Baharu. 

"Ada sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau 'tangan ghaib' dengan sengaja mencetuskan kemarahan dan kebencian dengan memuat naik kandungan berkaitan 3R," katanya.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar menjadi pengguna yang bijak dan tidak terpengaruh dengan isu-isu 3R dimainkan pihak terbabit.

Mengenai pertemuan pihak Kementerian Komunikasi dan MCMC dengan syarikat konglomerat Meta Platforms Inc (Meta) esok, beliau berkata, tujuannya bagi membincangkan isu aspek keselamatan dalam talian.

Katanya, perbincangan itu antaranya akan menyentuh tentang 3R, selain mereka yang berumur 13 tahun ke bawah tidak akan dibenarkan membuka akaun dalam media sosial antaranya aplikasi TikTok.

Terdahulu, Teo menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada SJKC Sawit untuk membaiki mozek di kantin sekolah yang rosak. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad