web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kupang Tercemar: Kerajaan Negeri Sembilan Teliti Kesan Terhadap Pengusaha, Nelayan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 1:22PM

Pegawai Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Noradiana Noran (kiri) dan Siti Fatimah Saperti mengambil sampel air laut berhampiran kawasan penternakan kupang bagi tujuan uji kaji di Kampung Telok, Pasir Panjangi. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan meneliti kesan industri penternakan kupang di Port Dickson berikutan kes pencemaran biotoksin sebelum mengambil langkah sewajarnya bagi membantu nelayan dan pengusaha yang terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap pengusaha dan nelayan terutama selepas Singapura mengambil tindakan menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson. 

"Industri kupang di negeri ini tidak besar mana hanya industri hiliran daripada nelayan untuk tambah pendapatan.

“Tetapi walaupun bilangannya tidak ramai, kita mahu lihat kesan perkara ini kepada nelayan pantai dan akan ambil langkah seterusnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mantai Rayo 2024 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Singapura menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson kerana didapati mengandungi biotoksin berbahaya.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dilaporkan telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perikanan Malaysia mengenai perkara itu dan sedang bekerjasama dengan pengimport untuk mengesahkan sumber import kupang mereka dan memastikan ia tidak diimport dari kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan, Wan Aznan Abdullah pada Khamis berkata, hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan. 

Sementara itu Aminuddin berkata 16,000 kilogram daging lembu dibekalkan pada program mantai di seluruh negeri itu kali ini yang dijual dengan harga RM35 sekilogram, iaitu lebih murah daripada harga pasaran. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad