web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Ambil Peluang Berbuka Di Iftar@KL Sebelum Pulang Ke Kampung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 8:39AM

Pengunjung berbuka puasa di hadapan ikon Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad pada Iftar@KL semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak melepaskan peluang berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Merdeka dalam program Iftar@KL pada hujung minggu terakhir Ramadan ini, sebelum pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

Siti Nor Aliya Ahmad Muhri, 30, berkata dia ingin menikmati pelbagai hidangan yang dijual pada program itu, kemudian bertolak balik ke kampung di Pulau Pinang tengah malam tadi.

"Sebelum menempuh aliran trafik yang mungkin agak sesak ketika ini, saya singgahlah di Iftar@KL, makanan di sini pun sedap, tak pernah mengecewakan," kata kerani sebuah syarikat swasta itu ketika ditemui Bernama. 

Seorang jurutera, Muhammad Daud Mohd Izman, 39, berkata Iftar@KL merupakan acara tahunan yang digemarinya kerana menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

"Saya sertai Iftar@KL pada setiap kali penganjurannya kerana program ini luar biasa. Bukan setiap hari kita tengok orang ramai berkumpul macam ini untuk berbuka puasa, pada bulan Ramadan sahaja," katanya.

Ramai yang tidak melepaskan peluang berbuka puasa di Iftar@KL sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk beraya. - gambar BERNAMA
Ramai yang tidak melepaskan peluang berbuka puasa di Iftar@KL sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk beraya. - gambar BERNAMA

Suri rumah Baizura Bakri, 50, juga teruja dapat berbuka puasa bersama keluarga di lftar@KL selepas selesai membeli kelengkapan hari raya di pusat beli-belah berdekatan.

 Iftar@KL yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pusat Pelancongan Islam dan Persatuan Seni Budaya Putra, menyediakan 35 talam juadah berbuka puasa untuk pengunjung. 

Sejak diperkenalkan pada 2012, Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac serta 6 April dan esok merupakan hari terakhir penganjurannya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad