web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tidak Tahu Apa-apa Mengenai Hubungan Zeti – Jho Low – Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 7:17PM

Datuk Seri Najib Tun Razak. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low.

Jasmine Loo Ai Swan, 50, bagaimanapun mengesahkan bahawa Jho Low ada beberapa kali menyebut nama Zeti dengan mengatakan dia (Jho Low) akan “uruskan" (take care) Zeti dalam perkara-perkara yang berbangkit di bank pusat itu yang berkaitan dengan dana 1MDB.

Beliau berkata, demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes rasuah bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan dana RM2.3 billion milik 1MDB. 

Muhammad Shafee: Adakah anda sedar mengenai perbicaraan Tim Leissner (bekas pegawai bank Goldman Sachs) di Amerika, katanya semua boleh diluluskan dengan segera disebabkan hubungan Jho Low dengan Zeti.

Loo: Saya tidak tahu.

Muhammad Shafee sebelum ini mencadangkan Low mempunyai hubungan rapat dengan suami Zeti, Datuk Tawfiq Ayman memandangkan kedua-dua mereka pernah menuntut di pusat pengajian berprestij Wharton Business School di Amerika.

Peguam kanan itu malah mencadangkan Low pernah memasak pasta di rumah Zeti berhampiran Bukit Tunku pada hujung minggu, satu dakwaan yang dinafikan oleh Zeti semasa memberi keterangan dalam perbicaraan sama pada 15 Ogos tahun lepas.

Sementara itu, mulai bulan ini Mahkamah Tinggi buat julung kalinya memutuskan perbicaraan kes 1MDB akan berlangsung pada beberapa hari Sabtu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan 27 April, 4 dan 25 Mei, serta tambahan 1, 8, 15 Jun untuk mendengar kes itu.

Loo sepatutnya menjadi saksi terakhir dalam perbicaraan itu, namun boleh dipanggil semula untuk memberi keterangan sekiranya diperlukan.

Berikutan selesainya pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula terhadap Loo, ada beberapa saksi pendakwaan lain dalam senarai menunggu akan dipanggil semula untuk pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula iaitu Zeti, pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin, bekas pengarah 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, serta bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Sequerah bersambung 22 April. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran