web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sedia Salurkan Bantuan Tambahan Untuk Misi Kemanusiaan Palestin - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 5:00PM

Perdana Menteri (dua, kiri) bersalaman dengan orang ramai di Masjid Al-Huda Sungai Ara - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin, selepas Israel membenarkan penghantaran bantuan melalui pintu sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tambahan bantuan untuk Palestin itu, boleh dilakukan kerana kerajaan mash mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian.

"(Adakah ada tambahan bantuan) Insya-Allah, kita akan bantu sebab mash ada peruntukan, queue banyak ratus lori (untuk bantuan), jadi biar clear dulu, (supaya) pengedaran (bantuan) lebih teratur," katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara di Bayan Lepas di sini, hari ini.

Hari ini media melaporkan pengumuman pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang menyatakan Israel akan membenarkan penghantaran 'bantuan sementara' melalui sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pada masa ini misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia sememangnya sudah bersiap sedia di sempadan Rafah.

"(Berapa jumlah nilai bantuan Malaysia yang tersedia) Saya tak ingat tetapi tiga, empat kali dah. Dua kali saya minta Presiden (Mesir) Abdel Fattah El-Sisi dan dua minggu lalu dia bantu percepatkan, dan kali ketiga dah sampai, tetapi sekarang ini yang standby masih ada," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan Solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Al-Huda Sungai Ara itu.

Anwar dan jemaah lain mendengar khutbah disampaikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Fatwa Pulau Pinang Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman, sebelum menunaikan Solat Jumaat yang diimamkan Imam masjid itu, Syaraafat Yaacob.

Selepas solat, Perdana Menteri sempat meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.

Anwar dijadualkan menghadiri taklimat pembangunan Pulau Pinang di Komtar di sini, sebelum ke Program Bubuk Lambuk MADANI di Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam dan meninjau Bazar Ramadan Pasar Awam Seberang Jaya serta Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri di UiTM Pulau Pinang, dalam lawatannya ke negeri itu hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad