web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beradik Maut Dilanggar Lari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 4:40PM

- gambar orang awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua beradik maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 13 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Kejadian berlaku sekitar 7.12 pagi apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar menghala ke Ipoh memasuki simpang sebelah kanan menghala ke Taman Desa Salak secara mengejut.

"Akibat tindakan tersebut menyebabkan pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan," katanya melalui satu kenyataan. 

Mohd Khaizam berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pihak polis masih mengesan pemandu dan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang telah melarikan diri dan sehingga kini masih belum membuat laporan. 

"Sehubungan itu, pihak polis menyeru kepada orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Kasidi Che Ghani di talian 014-5073473 untuk membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat tidak sahih kerana ia boleh mengganggu siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad