web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perantau Kelantan Disaran Pulang Beraya Guna Jalan Gua Musang – Jeli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan menyarankan sebahagian daripada perantau agar menggunakan laluan FT04 iaitu jalan Gua Musang-Jeli sebagai laluan penyuraian trafik pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah JKR Kelantan, Mohd Suhaili Ismail, berkata pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihatkan agar menggunakan laluan terbabit bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan yang memasuki negeri ini melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis bermula Jumaat ini. 

Beliau berkata, langkah berkenaan inisiatif mitigasi daripada JKR dalam mengurangkan kesesakan jalan raya di pintu masuk utama Kelantan.

"Kebiasaannya pengguna jalan raya akan tertumpu kepada laluan Gua Musang-Kuala Krai (FT08), jadi kita minta kerjasama perantau untuk menukar laluan menggunakan jalan Gua Musang-Jeli (FT04).

"Beberapa papan tanda akan diletakkan untuk memaklumkan perantau supaya menggunakan laluan ini. Dengan ini, kita dapat mengurangkan jarak kesesakan jalan Gua Musang-Kuala Krai," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Penyelarasan Trafik di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Suhaili berkata, sebagai langkah keselamatan dan pemantauan musim perayaan, kerajaan telah mengazetkan larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya bermula 8 April sehingga 14 April. 

Justeru, katanya, JKR Kelantan akan mula membuka laluan sempit di Bulatan Tanah Putih menghala ke Taman Wangi serta bandar Gua Musang.

"Laluan itu pada awalnya disempitkan bagi mengelakkan dimasuki kenderaan berat, namun bermula 6 April ini, kita akan melebarkannya semula sebagai persediaan menerima kemasukan kenderaan perantau yang dijangka mula pulang beraya bermula Jumaat (5 April) ini.

"Kita juga minta kerjasama penuh daripada Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sekiranya perlu menempatkan anggota secara statik terutamanya di laluan sempit di sempadan Merapoh, Pahang dan Kampung Mentara, Gua Musang memandangkan lokasi tersebut kerap berlaku trafik yang tidak terkawal seperti berebut dan potong barisan," katanya.

Mohd Suhaili berkata, JKR juga mengekalkan laluan dua hala dari Bulatan Tanah Putih menghala ke Taman Wangi sepanjang cuti perayaan ini.

"Sekiranya berlaku kesesakan melampau, kita akan mengumumkan makluman berkenaan perubahan kelak. JKR akan mengambil tindakan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi semasa termasuklah menggunakan semula jalan alternatif seperti tahun sebelumnya," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad