web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Garis Panduan PUSPAL Dalam Peringkat Akhir Pindaan - Teo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 5:36PM

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pindaan garis panduan PUSPAL itu antara lain turut mengambil kira pengurusan isu-isu semasa seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), isu raja, kaum dan agama (3R) serta lain-lain.

"Dengan penambahbaikan garis panduan Puspal ini diharapkan kawalan ke atas elemen-elemen negatif yang dinyatakan dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat dinoktahkan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Musoddak Ahmad yang ingin tahu pendirian kerajaan berhubung cadangan penambahbaikan garis panduan hiburan yang ditetapkan, bagi memastikan tiada artis barat berlatarbelakangkan ideologi LGBTQ dibenarkan membuat persembahan di dalam negara.

Mengulas lanjut Teo berkata, Jawatankuasa Puspal terdiri daripada 16 keanggotaan membabitkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan termasuklah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau berkata, peranan JAKIM dalam Jawatankuasa PUSPAL adalah untuk memberi pandangan dan nasihat dari aspek sensitiviti agama dan umat Islam di Malaysia.

"Sebarang dapatan yang menyentuh isu sensitif seperti dasar negara, keselamatan, keagamaan, perkauman dan kebudayaan serta memudaratkan kepentingan awam akan dibincangkan secara menyeluruh di Mesyuarat Jawatankuasa PUSPAL sebelum sesuatu keputusan dibuat.

"Maknanya, itu bukan suatu keputusan yang dibuat oleh Kementerian Komunikasi sahaja," katanya.

Selain itu, Teo berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang telah menerbitkan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 juga agensi dalam jawatankuasa Puspal.

"la bagi memastikan persembahan artis luar negara yang diluluskan adalah berpandukan kepada Teras 1 dan Teras 2 dalam DAKEN iaitu 'budaya nilai tinggi dan keharmonian masyarakat'," katanya.

Teo juga memaklumkan semakan latar belakang artis luar negara dilaksanakan bagi setiap permohonan persembahan yang akan diadakan di tempat-tempat awam seperti acara konsert dan nyanyian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Pemilikan Akaun Kanak-Kanak Bawah Umur Akan Dibincang Dengan TikTok - Fahmi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran