web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaftar PADU Masih Boleh Hantar Maklumat Yang Belum Lengkap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang telah mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) masih boleh menghantar maklumat yang belum dilengkapkan walaupun selepas tarikh tutup pendaftaran sistem tersebut kelmarin.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata bagaimanapun, tarikh tutup bagi pendaftaran sistem PADU kekal hingga kelmarin. 

"Kepada mereka yang masih ada lagi maklumat yang mungkin tidak lepas dalam pengenalan diri (gagal pengesahan identiti), e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital), pasukan PADU sedang membantu untuk memastikan mereka (dapat menghantar atau melengkapkan maklumat yang diperlukan ke dalam sistem tersebut.

"Cuma yang kita telah tutup ialah bagi mereka yang tidak mendaftar langsung (dalam sistem PADU) dari tempoh 2 Januari hingga 31 Mac," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan topik "PADU: Apa Selepas Ini?" semalam.

Pendaftaran sistem PADU ditutup pada 11.59 malam 31 Mac 2024.

Terdahulu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem PADU. 

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, dengan adanya sistem PADU ini data rakyat akan sentiasa tersedia yang membolehkan kerajaan membuat analisis tepat ke atas mereka yang layak mendapat manfaat.

"Data dalam sistem PADU ini membolehkan kerajaan meneliti perkara seperti bagaimana kita hendak analisis supaya corak bantuan itu tidak hanya mengambil satu penilaian, satu lapis sahaja," katanya.

Justeru, beliau berkata, semua pihak terutama rakyat perlu yakin bahawa data satu alat yang penting dalam menggerakkan negara ke hadapan dan kerjasama serta sokongan semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan hasrat tersebut. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar