web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Israel Masuk Guna Pasport Perancis Yang Sah - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 8:55AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika meninjau Op Pagar Laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di atas Kapal Maritim Tun Fatimah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Lelaki warga Israel yang ditahan polis bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang di ibu negara, Rabu lepas masuk ke negara ini menggunakan pasport Perancis yang sah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, pasport milik suspek dikeluarkan secara sah oleh kedutaan Perancis di Tel Aviv, Israel, membolehkan lelaki tersebut mengemukakan dokumen perjalanan yang tulen semasa melalui pemeriksaan pihak keselamatan. 

Katanya, ia sekaligus menafikan dakwaan wujud kelemahan penguatkuasaan di pintu masuk negara kerana Akta Imigresen membenarkan mana-mana individu masuk ke negara ini sekiranya mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan Malaysia tidak mempunyai masalah dengan negara yang mengeluarkan dokumen tersebut.

"Sekarang ini timbul percubaan untuk alihkan topik seolah-olah pemantauan kita tidak kemas, ada kelemahan kenapa benarkan individu itu masuk ke negara ini.

"Dari aspek sistem dan Akta Imigresen, kalau dokumen perjalanan itu sah dan kita tiada masalah hubungan diplomatik dengan negara yang mengeluarkan dokumen perjalanan tersebut, kita boleh benarkan dia masuk," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Op Pagar Laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di atas Kapal Maritim Tun Fatimah di sekitar perairan maritim Selangor bermula dari Jeti Pusat Hidrografi Nasional di Pelabuhan Klang dekat sini semalam. 

Saifuddin Nasution berkata, pihak berkuasa Malaysia mempunyai senarai dan profil lengkap individu yang disenarai hitam daripada memasuki negara ini dan dasar tersebut dilaksanakan di semua pintu masuk sempadan negara.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan persoalan tidak munasabah sehingga boleh menimbulkan keraguan terhadap aspek keselamatan dalam negara.

Katanya, insiden seorang individu mempunyai dwi warganegara dalam satu masa itu juga menunjukkan kepentingan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang diusahakan kerajaan, yang tujuan utamanya adalah untuk menjaga keselamatan negara.

"... bila saya sebut Perlembagaan kita tidak iktiraf dua kerakyatan, ada tokoh hak asasi manusia kata sekarang negara terbuka kenapa tak bagi... biarlah mereka membawa dua pasport. Sekarang kita boleh tengok maksud kenapa kerajaan nak ketatkan akta tersebut," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran