web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Kekasih Mengaku Salah Abai Kanak-Kanak Hingga Mati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 4:31PM

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya, bulan lepas.

Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, dan ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan Noraini Haron, 42, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Sebagai orang yang mempunyai hak pemeliharaan terhadap kanak-kanak berkenaan, kedua-dua mereka dengan niat bersama dituduh mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di Taman Mayung, Port Dickson dekat sini antara 12 tengah hari hingga 6.45 petang pada 18 hingga 24 Mac lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Noor Syafina meminta mahkamah supaya tidak menawarkan wang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius.

"Sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara, jaminan yang tinggi perlu dikenakan terhadap kedua-duanya," katanya.

Mohd Khairul Shamsua yang juga pembantu bengkel bagaimanapun meminta mahkamah membenarkan wang jaminan yang rendah dikenakan berikutan mempunyai tanggungan enam anak dan ibu bapa, manakala Noraini pula tidak bekerja selain turut mempunyai dua anak lagi.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 2 Mei ini untuk serahan laporan forensik. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar