web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1 Lagi KK Mart Dilempar Bom Petrol  

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 4:20PM

Keadaan barangan dalam kedai yang terbakar akibat dilempar molotov cocktail. - gambar JBPM Kuantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Satu lagi cawangan KK Mart dibaling bom petrol atau 'molotov cocktail' sehingga menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, dalam kenyataan berkata kejadian berlaku pada 5.14 pagi di KK Mart Sungai Isap di sini dan disedari oleh kakitangan kedai terbabit.

Beliau berkata, kebakaran yang dilakukan oleh individu tidak dikenali itu telah menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak. 

Katanya, semasa kejadian, dua kakitangan berada di dalam kedai dan seorang daripadanya sempat mengambil alat pemadam api serta menghalang kebakaran daripada terus merebak.

"Ketika itu, seorang pekerjanya yang berada di kaunter dan sedang bersahur terkejut kerana secara tiba-tiba ada balingan molotov cocktail dari luar premis dan betul-betul jatuh di atas karpet laluan masuk KK Mart sehingga tercetus kebakaran kecil.

"Saksi panik dan terus mengambil alat pemadam api lalu cuba memadamkannya. Tiada kemalangan jiwa berlaku dan ekoran kejadian ini kedai serbaneka tersebut mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM500 akibat perbuatan khianat tersebut," katanya. 

Beliau berkata, cawangan itu baru beroperasi dua minggu dan siasatan akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis bersebelahan bagi mengenal pasti atau mendapatkan maklumat tambahan berkaitan suspek.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang terkait dengan kedai serbaneka KK Mart sebelum ini hingga suspek melakukan perbuatan khianat tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Forensik D10 IPK Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan di lokasi kejadian," katanya. 

Sebelum ini cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak dibaling bom petrol. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar