web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Allaudeen Fokus Jadi Peguam Selepas Bersara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 12:55PM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bersara wajib semalam berhasrat meneruskan minatnya dalam bidang guaman yang terpaksa 'dilupakan' sebaik memilih kerjaya sebagai pegawai polis 38 tahun lepas.

Beliau yang mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1985 dan berkelulusan ljazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya berhasrat untuk menyertai firma guaman setelah melengkapkan proses untuk menjadi seorang peguam.

"Sebenarnya, ia lebih kepada kepuasan sendiri. Saya perlu sempurnakan apa yang telah saya mulakan dahulu iaitu menjadi pelajar dan seterusnya menjadi penuntut dalam kamar sebelum saya boleh dipanggil seorang peguam.

"Itu adalah perancangan paling awal setakat ini...selebihnya kita tengok dulu macam mana," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV hari ini.

Berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang menjadi anggota 'Sang Saka Biru', Allaudden berkata, antara yang masih segar dalam ingatannya ialah ketika berada di dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) pada 1986. 

"Pengalaman berjumpa dengan komunis, melakukan operasi di sempadan selain kenderaan Land Rover yang dinaiki hampir terbalik jatuh ke dalam gaung.

"PPH ini adalah satu organisasi yang membina jati diri yang begitu kental sehingga ke hari ini. Pelbagai pengalaman saya dapat dan yang paling utama adalah kaedah untuk command (memberi arahan)...kalau hari ini saya boleh menjadi seorang komander yang baik, itu adalah hasil usaha didikan ketua-ketua saya di PPH dahulu," katanya.

Sementara itu, Allaudeen berharap PDRM berupaya menjadi satu badan yang berintegriti, terus menerajui keselamatan dan keamanan negara bagi membolehkan Malaysia terus berkembang dari segi ekonomi demi keselesaan rakyat.

"PDRM akan terus berada bersama masyarakat. Selagi anda ikut peraturan dan ikut undang-undang, polis tidak mengambil tindakan. Pesanan saya, berilah kerjasama kepada pihak polis untuk kebaikan kita bersama," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad