web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 12:44PM

Kenderaan yang diperiksa semasa operasi semalam. - gambar JPJ Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini, semalam.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan operasi bermula 12 tengah malam hingga 7 pagi itu dijalankan unit operasi JPJ Pulau Pinang dengan tumpuan penguatkuasaan di lebuh raya, kawasan perindustrian dan jalan-jalan utama Persekutuan serta negeri. 

Beliau berkata, operasi ditumpukan kepada kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

"Tindakan turut diambil ke atas 13 kenderaan barangan mengikut Seksyen 57(1) (b) (Vi) APAD 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959 antaranya kesalahan tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran, cermin gelap, ubah suai kenderaan dan lain-lain kesalahan," menurut kenyataan itu.

Menurut JPJ penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad