Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 4:44PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program Jualan MADANI Raya (PJMR) 2024 dijangka mencatat jualan RM1.6 juta sepanjang 33 hari program tersebut yang bermula 8 Mac hingga 9 April ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, program yang menawarkan barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20 peratus sekali gus dapat membantu meringankan beban rakyat.

"Dalam tempoh dua minggu pertama, PJMR anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencapai jualan RM415,800 (sehingga 22 Mac) dengan 44,212 pengunjung. 

"Mudah-mudahan dalam dua minggu yang terakhir, jualan kepada 60 reruai akan terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas sesi walkabout PJMR 2024 di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, di sini malam semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan dan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad.

Berlangsung sempena Festival Ramadan Putrajaya 2024, Ewon berkata PJMR 2024 menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. 

Beliau berkata, PJMR 2024 menyediakan 60 reruai jualan melalui penyertaan 28 usahawan dan 13 koperasi dengan pelbagai tawaran menarik barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian yang berupaya meringankan kos persiapan rakyat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

"PJMR 2024 bukan sahaja memberi penjimatan harga barangan persiapan Aidilfitri malah memperkasa dan mempromosikan perniagaan usahawan serta koperasi selaras dengan kerangka Malaysia MADANI," katanya.

Mengenai kempen 'Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya' 2024'melalui platform digital tanpa caj iaitu MyMall mampu merancakkan ekonomi digital.

"Program jualan kempen beli lokal secara dalam talian merupakan trend baharu yang mungkin menyumbang kepada kemerosotan jualan secara langsung kerana ramai mahu elak kesesakan, lokasi dan sebagainya," katanya.

Beliau mengulas laporan media tempatan semalam mengenai persiapan orang ramai bagi menyambut Adilfitri ketika ini tidak begitu meriah kerana tekanan kos sara hidup dan ekonomi semasa.

KUSKOP menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui kempen 'Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya 2024' yang dianjurkan untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada 2023 dengan nilai jualan sehingga RM2.5 juta. 

Hampir 500 usahawan dijangka menyertai kempen itu dengan menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya.

Kempen itu bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Malaysia sekaligus membantu proses pendigitalan golongan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 36 minit yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Politik 3 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB