web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 9:09AM

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson dekat sini kelmarin bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan daripada Hospital Port Dickson, Ahad lepas yang memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 15 Mac lepas kira-kira 8.30 malam ketika suspek yang dipercayai teman lelaki kepada ibu mangsa berusia 38 tahun itu ingin membuka pintu van semasa berhenti di sebuah kedai, dalam perjalanan dari Taman Anggerik ke Taman Mayung, Telok Kemang. 

"Ekoran daripada kejadian tersebut, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian anggota badan dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar di sini pada jam 6.04 petang, kelmarin," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Aidi Sham berkata, hasil semakan rekod lampau terhadap lelaki terbabit mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

Beliau berkata suspek direman selama enam hari sehingga 1 April ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad