web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 8:06AM

Ucapan yang dimuat naik melalui akaun media sosial Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah menteri menerusi media sosial masing-masing mengambil kesempatan berkongsi ucapan selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan. 

"Bersempena Nuzul al-Quran yang dirai ini, inilah masanya untuk kita mentadabburkan al-Quran serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian," katanya di laman X hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pula berharap semoga umat Islam sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang 'akrab' dengan al-Quran dan beramal dengan kandungannya, selain mendidik generasi akan datang untuk menjadi generasi celik al-Quran.

Ucapan Selamat Menyambut Nuzul al-Quran yang dimuat naik di akaun media sosial Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ucapan Selamat Menyambut Nuzul al-Quran yang dimuat naik di akaun media sosial Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pula mengajak umat Islam menyambut kedatangan malam yang penuh barakah ini dengan hati terbuka serta keinginan mendalam untuk menghayati amalan dan ajaran al-Quran bagi memenuhi setiap aspek kehidupan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said juga berharap moga umat Islam di negara ini mengambil segala keberkatan dan pengajaran daripada peristiwa Nuzul al-Quran serta memperoleh keredaan daripada Allah SWT.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Nuzul al-Quran dan berharap Allah SWT memberkati dan menerima semua amal dan ibadah hamba-Nya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar