web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Caj Elektrik Masih Berdasarkan Jumlah Penggunaan, Bukan Nilai Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 4:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun berlaku peningkatan penggunaan elektrik disebabkan cuaca panas yang dialami negara ketika ini, caj penggunaan elektrik masih dikenakan berdasarkan jumlah penggunaan bulanan dan bukannya nilai rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, ketika ini kos bahan api di peringkat global masih pada paras tinggi dan ini menyebabkan peningkatan kos penjanaan elektrik dilepaskan kepada semua pengguna elektik di Semenanjung di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT). 

"Sungguhpun demikian, kerajaan telah memperuntukkan subsidi elektrik berjumlah RM1.064 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 kepada semua pengguna domestik iaitu kira-kira 8.1 juta pengguna yang menggunakan elektrik 1500 kWj dan ke bawah setiap bulan agar mereka tidak dikenakan sebarang surcaj bagi tempoh tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Sebelum ini dalam sesi perbahasan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mencadangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari Januari ke Mac ini susulan fenomena cuaca panas yang dialami negara.

Rebat itu dicadang hanya diberikan kepada rumah yang bernilai RM300,000 ke bawah bagi penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi mereka. 

Fadillah berkata, kementeriannya juga masih melaksanakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi ketua isi rumah (KIR) dalam kategori miskin tegar yang disahkan dalam Sistem e-Kasih, dan bagi tujuan itu kementeriannya menerima peruntukan RM55 juta bagi manfaat lebih 160,000 KIR miskin tegar seluruh negara. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad