web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


US$120 Juta Pinjaman KWAP Kepada SRC Masuk Ke Akaun Peribadi Najib – Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:19AM

Datuk Seri Najib Tun Razak. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menerima US$120 juta daripada hasil pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd antara Disember 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu semalam.

Pengarah Urusan Quantuma International, Angela Barkhouse, yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir memberi keterangan bahawa wang berkenaan masuk ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu di Ambank menerusi tiga transaksi dari sebuah syarikat yang dikenali sebagai Blackstone Asia Real Estate Partners, dengan jumlah pertama US$70 juta pada 29 Disember 2011.

Barkhouse yang memberi keterangan sebagai saksi kedua dalam perbicaraan saman sivil SRC International berkata, US$50 juta lagi diterima menerusi dua transaksi, masing-masing pada 12 Mac 2012 dan 22 Mei 2012. 

"Transaksi ini ditanda dengan rujukan 'AMPrivate Banking' dalam penyata bank Blackstone dan saya dapat mengaitkan jumlah yang diterima dalam Ringgit (RM) dengan transaksi dari akaun Blackstone dalam dolar AS (US$) dengan menggunakan pertukaran mata wang.

"Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC International) juga menerima US$82,000 daripada Blackstone Asia antara 27 Januari 2012 dan 8 Februari 2012," katanya semasa memberi keterangan secara dalam talian dari British Virgin Island dalam prosiding saman sivil US$1.18 bilion SRC International terhadap Najib di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin. 

Dalam perbicaraan yang melibatkan Najib sebelum ini, telah dibuktikan di mahkamah bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang mempunyai nama serupa dengan firma ekuiti hartanah sebenar Blackstone Real Estate.

Barkhouse berkata, terdapat pergerakan keluar dana dari Blackstone ke pelbagai perantara termasuk syarikat produksi filem anak tiri Najib, Red Granite Capital Ltd (US$17.5 juta), US$24.8 juta kepada Brightstone Jewellery Limited serta Alsen Chance Holdings Limited (US$168.5 juta), kedua-duanya dilaporkan dimiliki rakan sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

"Saya percaya bahawa berdasarkan bukti yang tersedia kepada saya terutamanya pemeriksaan terhadap maklumat perbankan yang berkaitan dengan Alsen Chance dan Brightstone, mereka adalah shell companies yang tidak menjalankan perniagaan sah, selain dari mengaut dana yang disalah guna dari 1Malaysia Development Berhad dan SRC International," katanya. 

SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.

Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta. 

Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Perbicaraan bersambung hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Berkuasa Penuh Dalam SRC - Bekas Pengarah

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 minit yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad