web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ular Gergasi Ditangkap, Terpaksa Dialih Guna Jengkaut

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 9:53PM

Proses mengalihkan ular berkenaan terpaksa menggunakan jengkaut milik pemaju.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LARUT - Seekor ular sawa batik seberat hampir 100 kilogram (kg) yang ditemui di kawasan tanah lapang di Jalan Kubu Gajah dekat Selama di sini, semalam, terpaksa dialihkan menggunakan sebuah jengkaut.

Video pengalihan ular berkenaan menggunakan jengkaut itu tular di media sosial hari ini dan kebanyakan netizen menyifatkan saiz reptilia itu menyamai spesies ular gergasi terkenal dunia iaitu anaconda.

Difahamkan, pekerja syarikat pemaju yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut menyedari kehadiran ular sawa betina sepanjang lima meter itu sekitar jam 12 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Mohd Nor Khairi Johari berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.11 tengah hari semalam, memaklumkan mengenai  penemuan ular gergasi itu sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota yang tiba kemudian menjalankan operasi menangkap ular berkenaan menggunakan penjerut sebelum proses pengalihan ke dalam sangkar terpaksa dibuat menggunakan jengkaut milik pemaju.

“Ia disebabkan saiz ular berkenaan agak besar dan kerja menangkap tidak sukar kerana reptilia itu tidak bertindak agresif.

“Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum haiwan terbabit diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, reptilia itu berada dalam keadaan lemah sebaik ditemui dan disahkan mati selepas itu.

Katanya, bangkai haiwan berkenaan akan ditanam untuk dilupuskan. - Getaran, 2 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Ular Sawa Berenang Ke Pantai Tanjung Bidara, Cetus Panik Pengunjung

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar