web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suri Rumah Didenda RM5,000 Sebar Berita Palsu COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 4:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah di Perlis dan seorang guru tuisyen di Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan COVID-19 dan vaksin virus itu, menjadikan mereka individu awal didakwa di negara ini di bawah Ordinan Darurat.

Di PERLIS, Norjannah Rusli, 28, didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Kangar selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berhubung wabak itu menggunakan perkhidmatan status WhatsApp dengan niat untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam.

Ibu kepada dua anak itu melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau, pada 10.31 pagi 18 April lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim Musyiri Peet menasihati wanita itu agar lebih bertanggungjawab ketika pandemik COVID-19  melanda negara.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Perlis Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan yang dibantu peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Che Ahmad.

Pada 20 April lepas, Bernama melaporkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung maklumat tular di media sosial mendakwa sembilan pelajar di sebuah sekolah menengah disahkan positif COVID-19, yang mengundang rasa panik ibu bapa serta pelajar di sekolah seluruh negeri.

Di JOHOR, seorang guru di pusat tuisyen Mohd Nazaruddin Yusoff, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan berita tidak benar berhubung kematian akibat vaksin COVID-19 menggunakan aplikasi Facebook menerusi profil “Mohd Nazaruddin Yusoff”.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat sama dan dituduh atas seksyen serupa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian pada 11.50 pagi, 21 April lepas.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan Mohd Nazaruddin yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan PPN Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad