Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembangunan Tanah Rizab Melayu Bantu Pemilikan Rumah, Seimbang Kedudukan Di Pusat Bandar

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 12:00PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembangunan tanah rizab Melayu khususnya dalam pembinaan lebih banyak rumah mampu milik mampu membuka peluang kepada Bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri terutama di kawasan pusat bandar.

Profesor Kehormat Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Mansor Mohd Noor berpandangan langkah itu juga dapat membantu menyeimbangkan kedudukan Bumiputera di kawasan bandar, yang penting bagi tujuan perpaduan.

"Perancangan pembangunan ini juga perlu dibuat secara menyeluruh iaitu membina rumah mampu milik yang disertakan dengan zon komersial dan kemudahan infrastuktur lengkap supaya dapat menyediakan persekitaran kehidupan yang baik.

"Keutamaan juga boleh diberikan kepada pemain industri kecil dan sederhana untuk membantu mereka bersaing di pusat bandar dan pada masa sama, menjadi punca pendapatan atau membawa limpahan ekonomi kepada golongan Bumiputera di kawasan sekitar," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan juga perlu tegas supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada golongan M40 dan B40 Bumiputera di pusat bandar yang lebih memerlukan kemudahan itu berbanding mereka yang berkemampuan untuk bersaing dalam pasaran hartanah di kawasan terbabit.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Putrajaya antara lain berkata, kerajaan bersetuju menyediakan Skim Perumahan MADANI di tanah rizab Melayu dengan sasaran membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik dalam kadar segera.

Beliau turut memberi jaminan akan memastikan sejumlah 200 ekar (kira-kira 80.9 hektar) tanah kerajaan termasuk 50 ekar (20.23 hektar) tanah di Bandar Malaysia kekal dimiliki orang Melayu bagi menjamin ketersediaan perumahan mampu milik untuk mereka kekal di kawasan pusat bandar.

Bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan rumah mampu milik di tanah rizab Melayu, Mansor berharap kerajaan tegas memberi kebenaran membangun kepada syarikat dengan rekod kejayaan supaya tidak disalah guna oleh pihak yang mencari peluang dalam kemudahan golongan Bumiputera.

Presiden, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan pula menyifatkan usaha menjamin tanah rizab Melayu itu 'penting dilakukan sekarang' untuk masa depan generasi Bumiputera.

Beliau berkata, pembangunan di tanah rizab Melayu juga dapat meningkatkan nilai pasaran dan bangunan di tanah tersebut, termasuk rumah mampu milik dan pada masa sama, membawa limpahan ekonomi kepada pemain industri berkaitan.

Mohamed Fadzill berkata, beliau berharap perancangan di tanah rizab Melayu benar-benar dilaksanakan kerana masih ada yang tidak dibangunkan walaupun kedudukannya strategik dan berpotensi.

"Kali ini, kerajaan perlu menunaikan janjinya. Semakin lama semakin sukar untuk generasi Melayu dan Bumiputera membeli rumah khususnya di bandar besar kerana harga yang terlalu tinggi.

"Jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam menjamin tanah rizab Melayu sekarang, siapa yang boleh melakukannya?" kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Dasar Baharu Perkasa Ekonomi Bumiputera Perlu Manfaatkan Sumber Tanah - Ahmad Zahid

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jabatan Audit Negara Perlu Perbetul Kesilapan Dalam Hak Milik TRM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Data Buktikan Tanah Rizab Melayu Di Kedah Menurun – Nik Nazmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Pembekalan Buruh Asing, Tanah Rizab Melayu Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

2

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

3

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

4

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

5

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

6

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 4 jam yang lalu

Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi