web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dasar Baharu Perkasa Ekonomi Bumiputera Perlu Manfaatkan Sumber Tanah - Ahmad Zahid

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 12:02PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Prapeluncuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Bangunan Perdana Putra, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengenalan satu dasar baharu bagi memperkasa ekonomi bumiputera melalui sumber tanah amat penting terutamanya untuk memanfaatkan potensi tanah yang luas dan subur di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dasar itu perlu dilaksanakan secara agresif dan kolektif bagi menyokong inisiatif transformasi pertanian untuk meningkatkan keterjaminan makanan, mewujudkan peralihan adil ekonomi bumiputera dan menggunakan tanah dalam memacu ekonomi kitaran berimpak tinggi.

"Hal ini termasuk reformasi akta tanah sedia ada untuk mengurangkan kekangan dalam penggunaan tanah, memperkenalkan cukai karbon dan mewujudkan agensi pensijilan untuk merangsang aktiviti perdagangan karbon di peringkat ASEAN.

"Langkah-langkah ini diharap dapat mengurangkan jurang ekonomi antara komuniti bumiputera bandar dengan luar bandar, mewujudkan ekonomi kitaran yang mampan melalui pembangunan lestari, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam ekonomi kitaran dan perdagangan karbon di peringkat ASEAN," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada BERNAMA bersempena dengan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) selama tiga hari bermula esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Dalam memajukan ekonomi bumiputera, beliau berkata, penekanan perlu diberikan pada teknologi baharu seperti digitalisasi dalam sektor pertanian, penggunaan teknologi tenaga boleh baharu dan mekanisme pengurangan karbon.

Perkara ini termasuk aspek inovasi dan kreativiti dalam pengelolaan sumber alam pengembangan teknologi pertanian moden untuk meningkatkan produktiviti dan kemampanan serta peningkatan kapasiti dalam perdagangan karbon.

"Melalui penerapan teknologi-teknologi ini, ekonomi bumiputera dapat diperkasa dengan memanfaatkan sumber tanah secara berkesan, memperluas akses ke pasaran global dan membangunkan rantaian nilai yang efisien," katanya.

Beliau turut menekankan penggunaan kecerdasan buatan (Al) dalam pembangunan ekonomi kitaran dan transformasi pertanian kerana ia dapat mengoptimumkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber yang merupakan komponen penting dalam memperkasakan ekonomi bumiputera.

"Aplikasi Al mampu meningkatkan proses inovasi, mengukuhkan rantaian nilai serta meningkatkan kebolehpercayaan dalam membuat keputusan berdasarkan data masa sebenar, untuk mencapai dasar ekonomi yang lebih inklusif dan mampan bagi komuniti bumiputera," katanya.

Sebanyak 10 kumpulan meliputi 10 sektor akan diwujudkan pada KEB 2024 antaranya Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (Pilihan Kerjaya Utama) dan Pengukuhan Industri Halal.

Kumpulan lain adalah Pembangunan Desa dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli, Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat, Daya Saing Perusahaan Bumiputera, Penguasaan Teknologi Baharu, Felda dan Tanah Wilayah, Sosioekonomi Bumiputera Sabah dan Sosioekonomi Bumiputera Sarawak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan