web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Audit Negara Perlu Perbetul Kesilapan Dalam Hak Milik TRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 8:57PM

Pewartaan Tanah Rizab Melayu mengambil masa lama untuk disempurnakan dan pengisytiharannya tidak menepati syarat dan pemberi milikan juga didapati tidak teratur - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyarankan Jabatan Audit Negara mengeluarkan laporan lebih konkrit dan pembetulan kesilapan dalam dokumen hak milik Tanah Rizab Melayu (TRM) pada masa depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, merujuk kepada laporan Audit Negara 2019 (siri 2) Perak yang dikeluarkan Ketua Audit Negara menggambarkan wujud kelemahan pengendalian rekod atau daftar menyebabkan statistik TRM tidak memberi gambaran sebenar keluasan tanah di negeri berkenaan.

Menurut beliau, pewartaan TRM juga mengambil masa lama untuk disempurnakan dan pengisytiharannya tidak menepati syarat dan pemberi milikan juga didapati tidak teratur.

“Kesilapan tindakan pembetulan yang diambil oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah membenarkan berlakunya pindah milik kepada bukan Melayu walau bertentangan dengan Enakmen Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bab 142 (ERM 142). 

“Pencerobohan TRM itu juga berlaku berikutan kelemahan tindakan penguatkuasaan, dan mengakibatkan kerugian kepada kerajaan Perak,” katanya dalam kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, kelemahan seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Audit Negara harus diberi perhatian, di mana sebanyak 84,972 atau 50.7 peratus daripada 167,628 hak milik perseorangan Melayu manakala sebanyak 33 atau 55.9 peratus  (dokumen hak milik syarikat (pegangan Melayu) tidak mempunyai endorsan KRM.

Katanya, sebanyak 837 daripada 3,879 dokumen hak milik perseorangan bukan Melayu telah diendorskan Kemasukan Rizab Melayu (KRM), di samping ketepatan sebahagian keluasan, pembatalan serta penggantian TRM tidak dapat disahkan sepenuhnya.

“Pengisytiharan warta bagi lima kawasan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung dan Kerian masih dalam proses walaupun mengambil masa antara dua hingga 28 tahun; pemilihan tanah ganti tanah Rizab Melayu di Pondok Tanjong dan Kampung Raja Bashah, Kerian tidak menepati syarat pengisytiharan serta terdapat pencerobohan tanah itu seluas 309.77 hektar menyebabkan anggaran kerugian hasil berjumlah RM741,945 kepada kerajaan Perak.

“Terdapat juga tindakan pindah milik kepada bukan Melayu melibatkan satu lot TRM di Mukim Jaya Baru, Perak Tengah dan dua lot TRM di Mukim Sitiawan, Manjung yang keseluruhannya meliputi tanah seluas 3,214.084 hektar serta di Pengkalan Baru, Mukim Pengkalan Baharu, Daerah Manjung seluas 14.67 hektar dipajak kepada syarikat bukan Melayu bagi perusahaan kuari.

“Pada masa sama, terdapat pemberi milikan TRM Teluk Nipah, Mukim Lumut, Daerah Manjung seluas 60.75 hektar kepada badan atau agensi yang tidak diwartakan dalam Jadual Ketiga Enakmen,” katanya.

Dalam pada itu, Hishamuddin mendedahkan terdapat sebilangan TRM yang masih dimiliki sepenuhnya oleh kaum majoriti di negara ini ditukar nama kepada kaum lain.

Menurut beliau, ia merupakan tindakan yang diragui, tidak mengikut prosedur undang-undang ditetapkan dan akan menyebabkan peratusan TRM terjejas dan semakin berkurangan.

“Walaupun dalam laporan Jabatan Audit Negara, mereka mengesyorkan beberapa tindakan namun ia dilihat tidak memadai di mana PTG dan Pejabat Daerah dan Tanah seharusnya melakukan pembetulan ke atas tanah rizab Melayu yang telah dipindah milik secara salah dan yang berlaku kesilapan di atas pindah milik tersebut.

“Ia perlu dilakukan dengan cara mengembalikan status tanah tersebut menjadi TRM dengan menggunakan prosedur undang-undang di bawah Seksyen 380, Seksyen 417 dan Seksyen 419 Kanun Tanah Negara 1965,” katanya.

Sehubungan itu, Hishamuddin berpandangan berdasarkan rang undang- undang sedia ada, tidak mustahil bagi TRM yang dipindah milik secara salah dan berlaku kesilapan dikembalikan kepada status asal (status quo).

“Pendaftar pejabat tanah mempunyai kuasa yang mutlak bagi melakukan pembetulan tersebut. 

“Pihak kami dengan ini menggesa supaya cadangan tersebut dapat dipertimbangkan oleh Jabatan Audit Negara demi menangani masalah tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan,” katanya.

Terdahulu, Hishamuddin hadir menyerahkan memorandum kepada Jabatan Audit Negara di Putrajaya, menggesa Ketua Audit Negara memberi syor dan saranan kepada PTG Perak untuk mengembalikan TRM yang dipindah milik secara salah kepada bukan Melayu.

Bagaimanapun, memorandum itu gagal diserahkan kepada Jabatan Audit Negara selepas seorang pegawai jabatan itu memaklumkan ia perlu diserahkan kepada PTG Perak dan bukan di bawah bidang kuasa jabatan itu. - Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembangunan Tanah Rizab Melayu Bantu Pemilikan Rumah, Seimbang Kedudukan Di Pusat Bandar

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Data Buktikan Tanah Rizab Melayu Di Kedah Menurun – Nik Nazmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu Pembekalan Buruh Asing, Tanah Rizab Melayu Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad