web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 8:02AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

OSLO - Kemajuan teknologi 5G dalam operasi maritim Norway yang sediakan oleh Telenor Maritime boleh memberikan manfaat kepada industri perkapalan Malaysia, terutamanya sektor minyak dan gas serta logistik, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Pada Khamis, beliau melawat pusat operasi jarak jauh (ROC) canggih di Horten Harbour, dekat sini, yang menyaksikan Telenor Maritime mempamerkan kapal autonomi dan bagaimana pautan komunikasi berbeza, termasuk sistem persendirian 5G, menghubungkan kapal itu kepada ROC.

Telenor Maritime menawarkan rangkaian berkelajuan tinggi dalam rangkaian tertutup dan selamat kepada Massterly, syarikat pertama di dunia yang mengendalikan kapal autonomi di laut.

Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.

"Sebahagian penggunaan pintar teknologi, yang dapat saya perhatikan, mungkin sebahagiannya digunakan di Malaysia...mungkin terdapat beberapa aspek kawal selia yang juga perlu kita berikan tumpuan, dan mungkin juga beberapa kes gunaan berpotensi.

"Memandangkan kita belum melancarkan sepenuhnya rangkaian persendirian 5G di Malaysia, saya berpandangan bahawa terdapat banyak potensi, dan dalam jangka panjang, ia akan memberikan manfaat kepada Malaysia," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.

Fahmi ketika ini dalam lawatan kerja dua hari ke Norway untuk menghadiri 'Perbincangan Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya' anjuran Telenor Group bermula 29 Februari hingga 1 Mac 2024.

Naib Presiden Kanan merangkap Timbalan Ketua bagi Asia Telenor Group, Håkon Bruaset Kjøl berkata, Malaysia mempunyai banyak pengalaman dengan industri kukuh yang boleh menggunakan perkongsian sedemikian agar berjaya dalam memanfaatkan sepenuhnya 5G.

Beliau berkata, bagi merealisasikannya, kerjasama dalam kalangan keseluruhan ekosistem amat diperlukan.

"Rangkaian 5G tidak semestinya adalah rangkaian pengguna sahaja, memandangkan kemungkinan besar ia adalah Internet industri dan kes gunaan daripada 5G yang akan membantu perniagaan.

"la bukan sahaja akan mengoptimumkan operasinya sendiri, tetapi harus diterapkan dalam penyelesaian yang disediakan kepada perniagaan lain untuk memastikannya berlaku... adalah penting untuk mengajak semua rakan kongsi untuk turut serta," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad