web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesakit Mental Ditahan, Disyaki Bakar 2 Bengkel Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 4:14PM

gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Dua pemilik bengkel mengalami kerugian besar apabila premis yang menjadi lokasi mereka mencari rezeki, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat dalam kejadian  di Taman Keladi, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, sebanyak tujuh kereta dan 11 motosikal musnah terbakar dalam kejadian melibatkan dua bengkel kenderaan tersebut yang terletak sebelah- menyebelah.

Berikutan kejadian itu, orang ramai turut menahan seorang individu dipercayai mengalami sakit mental, selepas dia didapati berkelakuan aneh kerana bergembira melihat api marak, selain mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Menurut seorang saksi enggan dikenali, dia memberhentikan motosikalnya untuk membantu apabila melihat kejadian tersebut ketika melalui kawasan itu.

"Ketika itu pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran dan dalam masa sama, lelaki yang sememangnya diketahui mengalami penyakit mental dilihat gembira dan ketawa menyaksikan api yang marak.

"Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh orang ramai dan dia kemudiannya mengaku membakar bengkel tersebut," katanya.

Keadaan bengkel selepas kebakaran berjaya dipadamkan. gambar Rafisqi Radhi
Keadaan bengkel selepas kebakaran berjaya dipadamkan. gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu, pemilik bengkel kereta berkenaan, Choo Joo Phin, 62, memaklumkan, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada kenalannya yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

"Saya bergegas ke bengkel dan hanya mampu melihat sahaja bengkel serta kenderaan milik pelanggan terbakar. Dalam masa sama, orang ramai menahan seorang suspek yang melakukan perbuatan tersebut, manakala pihak bomba giat memadam kebakaran.

"Antara kenderaan yang terbakar termasuklah tiga buah kenderaan mewah jenis Toyota Estima, Chevrolet dan Nissan Serena, selain Perodua Kenari, Proton Saga, Naza Citra dan sebuah kereta Datsun," katanya.

Beliau yang sudah 32 tahun membuka bengkel di lokasi itu yakin yang perbuatan tersebut berpunca daripada tindakan khianat dan amat berharap supaya pihak berkuasa melakukan siasatan secara terperinci.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.23 pagi.

"Keluasan kawasan terbakar dianggarkan 20x80 kaki persegi. Kebakaran berjaya dibendung pada jam 5.45 pagi dan operasi ditamatkan pada 6.36 pagi," katanya. - Getaran, 26 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pesakit Mental Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pengawal Keselamatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ketua Sindiket Dadah Antara 10 Individu Ditahan Dalam Operasi Khas Di Sabah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Remaja 13 Tahun Cuba Samun Pemandu Grab Diberkas

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad