web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Sindiket Dadah Antara 10 Individu Ditahan Dalam Operasi Khas Di Sabah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 4:12PM

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada jam 2.30 pagi.

Beliau berkata, operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

“Dalam operasi ini, beberapa siri serbuan telah dijalankan secara serentak di sekitar Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah melibatkan daerah Tawau dan Semporna.

“Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, hasil risikan mendapati sindiket itu adalah yang terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan pengedaran tempatan dan antarabangsa.

“Modus operasi sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah syabu dari negara jiran untuk diseludup ke pasaran di seluruh Sabah, terutamanya di Pantai Timur Sabah, selain Filipina dan Indonesia,” katanya.

Menurutnya, dadah berkenaan dibawa ke Sabah menggunakan keldai dadah melalui syarikat penerbangan komersial serta kiriman kargo laut dan disimpan di Sabah sebelum diagihkan kepada pengedar sindiket, sebelum diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina.

Ayob Khan berkata, dalam operasi ini, polis tidak merampas sebarang dadah dan menyita aset kerana siasatan kes berkenaan masih berjalan.

“Selain itu, siasatan awal mendapati ahli sindiket ini memiliki pelbagai aset seperti kenderaan-kenderaan mewah, banglo dan 12 syarikat perniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrokimia, sektor pembuatan serta rangkaian restoran,” katanya.

Ayob Khan berkata, ketua sindiket turut dikesan memainkan peranan sebagai penaung Badan Bukan Kerajaan bagi melindungi aktiviti haram.

Menurutnya, suspek sama sebelum ini pernah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Sembilan lagi suspek antaranya berperanan sebagai pembantu peribadi, keldai dadah, penganggur dan transporter,” katanya sambil menambah siasatan kes itu juga menjurus kepada usaha merampas hasil daripada kegiatan haram yang dimiliki oleh ahli-ahli sindiket.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula adalah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Siasatan di bawah SOSMA adalah bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket secara menyeluruh,” katanya.

Ayob Khan berkata, siasatan juga sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Polis turut menyiasat penglibatan sindiket dalam aktiviti penyeludupan kontraban serta barangan bersubsidi dari Malaysia ke Indonesia dan Filipina, katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar