web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kastam Sabah Tumpas Seludup Masuk 205kg Syabu Guna Khidmat Kurier

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 8:21PM

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman (tiga, kiri) menunjukkan dadah Methamphetamine 205 kilogram bernilai RM6.85 juta pada sidang media di Kota Kinabalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat 205 kilogram bernilai RM6.85 juta menggunakan perkhidmatan kurier, pada 15 Februari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, hasil risikan dan penyaluran maklumat Pasukan Tempur Operasi Medan JKDM (COBRA), anggota JKDM membuat serbuan ke atas sebuah premis syarikat kurier di Penampang pada jam 9.10 pagi hari tersebut.

Beliau berkata, pasukan serbuan itu, dianggotai Cawangan Penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan COBRA, telah menemukan 15 kotak disyaki mengandungi dadah dan pemeriksaan lanjut menggunakan alat pengesan dadah mendapati ia dadah jenis Methamphetamine.

"Dadah yang ditemukan telah dibungkus menggunakan pembungkus plastik teh cina sebanyak empat jenis agar dadah berbahaya yang dibungkus ini tidak dikesan oleh pihak penguatkuasaan, namun kita telah berjaya mengesan dadah ini.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun usaha untuk mengesan pengirim dan penerima sedang dilakukan, kes ini dalam siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terbabit," katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan JKDM Zon Sabah di Sepanggar di sini, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi kes itu adalah menghantar kotak mengandungi dadah berkenaan ke alamat syarikat kurier terbabit sebelum pelaku cuba mengambil bungkusan itu di syarikat tersebut dan bungkusan itu tidak dialamatkan ke alamat rumah atau premis lain.

Mohd Nasir berkata, siasatan setakat ini juga mendapati bungkusan itu telah dihantar menggunakan penerbangan kargo udara dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Katanya, siasatan sedang dilakukan untuk mengetahui sama ada kes itu melibatkan rangkaian sindiket dan modus operandi pengedaran dadah ini untuk Sabah atau negeri ini digunakan sebagai pusat transit sebelum dihantar ke tempat lain termasuk ke luar negara.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu atau kegiatan penyeludupan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke mana-mana pejabat JKDM yang terdekat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar