web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlindungan Untuk Pemain Industri Hiburan, Pengamal Media Sedang Diteliti - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 9:12PM

Fahmi Fadzil pada pertemuan bersama Steven Sim baru-baru ini - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian terbaik bagi mendapatkan perlindungan kepada pengamal media separuh masa, kru filem, kru muzik dan kru produksi belakang tabir.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di laman X (dahulunya Twittter) hari ini berkata ramai dalam kalangan seniman negara tidak memiliki sebarang perlindungan selepas mereka bersara.

"Kes Ross Ariffin menjadi gelandangan selama tiga tahun dan kes isteri Allahyarham Pak Jabit (Man Kadir Samsi) yang hidup serba kekurangan telah menemukan saya dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong untuk perbincangan khas berhubung perkara tersebut.

"Insya-Allah kerajaan akan menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan mencarum dengan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri," katanya.

Komposer Ross Ariffin, 62, dilaporkan menjadi gelandangan lebih tiga tahun sebelum Fahmi mendapatkan bantuan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diajukan beliau sendiri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Sebelum ini, Fahmi turut menyampaikan bantuan penumpu oksigen kepada isteri pelakon dan pelawak, Allahyarham Man Kadir Samsi atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit, Raja Maharani Raja Jaafar, 70, yang mengalami masalah kesihatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad