web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Merusuh Di Lokasi Kemalangan: Polis Tahan 3 Lelaki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 8:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN  - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan di kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, di Temerloh.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan semalam itu berusia antara 37 dan 47 serta dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan dengan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan pergaduhan dan merusuh.

"Polis kini sedang mengesan dua lagi suspek untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas Program "Kick-Off" Pencegahan Jenayah Gempur Dadah 2024 peringkat Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemandu kereta Perodua Myvi iaitu warga emas berusia 75 tahun yang terbabit dalam nahas itu, turut ditahan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam Bernama melaporkan, polis mengesan sekumpulan lelaki yang terlibat dengan insiden tersebut selepas berlaku kemalangan yang mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.

Mangsa yang bekerja di kedai besi buruk disahkan maut akibat parah di kepala dan kaki kanan selepas motosikalnya dipercayai melanggar sisi sebuah kereta Perodua Myvi yang dikatakan membuat pusingan U di laluan garisan berkembar.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian, manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian menimpa anggota polis itu.

Sementara itu, Yahaya berkata pihaknya menyasarkan untuk menghapuskan stigma yang mengaitkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dengan kawasan Felda di Pahang dalam tempoh lima tahun.

Bagi menjayakan objektif itu, beliau berkata pihaknya giat menjalankan program kesedaran dan pendidikan tentang bahaya dadah dari semasa ke semasa khususnya bagi golongan muda Felda kerana tangkapan melibatkan penyalahgunaan dadah dapat dilihat seawal usia 15 tahun.

"Sebelum ini, asal dengar tentang Felda pasti ia dikaitkan dengan ramai penagih, jadi kita hendak hapuskan stigma itu dengan memastikan Felda bebas dadah.

"Selain penduduk setempat, pendatang luar yang datang untuk bekerja juga dikesan melakukan aktiviti tidak sihat ini dan kebiasaannya dadah digunakan di kawasan Felda ialah syabu, ekstasi dan pil yaba," katanya.

Menurutnya tahun lepas kawasan Felda mencatatkan 236 tangkapan atau bersamaan 41 peratus daripada keseluruhan tangkapan bagi Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad