web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permaisuri Agong Terus Terbabit Pengurusan YKTLJ

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 8:54AM

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah YKTLJ bagi tahun 2023 di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru semalam. - gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Zarith Sofiah bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.

"Sebagai bonda kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil, adalah menjadi tanggungjawab beta bagi meneruskan hasrat Almarhum untuk membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan," titah Seri Paduka ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah YKTLJ bagi tahun 2023 di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru semalam.

Titah baginda itu dimuat naik dalam hantaran di laman Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

Menurut hantaran itu, laporan prestasi dan pencapaian YKTLJ pada 2023 turut dipersembah kepada Raja Zarith Sofiah dalam mesyuarat berkenaan.

Antara aktiviti dan program yang telah dilaksana oleh YKTLJ ialah Laksamana Run, Majlis Makan Malam Amal, menaik taraf Pusat Rawatan Harian Onkologi di hospital, lawatan ke rumah dan wad pesakit serta mewujudkan sukarelawan di Universiti Teknologi Malaysia.

YKTLJ yang ditubuh pada 2016, telah membantu lebih 3,718 kes membabitkan peruntukan lebih RM11.3 juta termasuk beberapa kemudahan untuk rawatan pesakit kanser di hospital seluruh Johor.

Turut hadir pada mesyuarat itu Ahli Lembaga Pengarah YKTLJ itu adalah Datuk Dr Mohd Khairi Yakub, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ Mohd Ikmal Izam Zaini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Lawat Hospital Orang Asli Gombak

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad