web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Dapat Manfaat Daripada Persaingan AS- China

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 8:07AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia, yang diberi penarafan A3 Stabil akan mendapat manfaat daripada persaingan perdagangan serta teknologi antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan perang perdagangan antara kedua-dua negara yang akan terus mengganggu rantaian bekalan.

Moody's Investor Services berkata persaingan antara AS dan China menguntungkan ekonomi yang mempunyai asas pembuatan serta infrastruktur yang mantap seperti Malaysia, Vietnam (Ba2 Stabil) dan Thailand (Baa1 Stabil).

"Bagaimanapun peningkatan konflik ketenteraan di Timur Tengah turut menimbulkan risiko rantaian bekalan manakala geopolitik akan kekal menjadi penentu," katanya dalam satu nota penyelidikan, semalam.

Katanya, anjakan menurun dalam kadar pertumbuhan ekonomi China (A1 Negatif) termasuk kelembapan kitaran di AS (Aaa Negatif) akan membebankan situasi kredit Asia Pasifik (APAC) pada 2024.

"Inflasi yang memuncak di peringkat global akan memberi ruang kepada kitaran pengetatan monetari untuk perlahan tetapi keadaan kewangan akan kekal sukar bagi penerbit yang dinilai paling lemah. Sementara itu, risiko geopolitik akan terus membentuk keputusan perniagaan," tambahnya.

Moody's juga meramalkan perubahan struktur dalam trajektori pertumbuhan APAC sebagai purata wajaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebenar merangkumi 25 kerajaan di APAC yang mana jangkaan penilaian fırma itu untuk menurun kepada 3.6 peratus pada 2024 berbanding 4.4 peratus pada 2023, mencerminkan kegawatan di China dan keadaan ekonomi global yang kurang memberangsangkan, termasuk kelembapan kitaran di AS.

Peranjakan menurun dalam trajektori pertumbuhan China telah mencerminkan penekanan berterusan ke atas pengimbangan semula domestik selain kelembapan yang dicatatkan dalam sektor hartanah, akan merebak di rantau ini melalui beberapa saluran penghantaran seperti perdagangan barangan serta perkhidmatan, harga komoditi dan pelaburan.

"Kadar pertumbuhan di APAC dan APAC ex-China kini berkemungkinan akan bertumpu, mencerminkan dorongan pertumbuhan yang lebih rendah dari China. Bagaimanapun, rantau ini akan terus berkembang lebih pantas berbanding kebanyakan wilayah lain walaupun pertumbuhan berkurangan pada 2024," katanya lagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad