web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Polis MPV Pulau Pinang Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 5:02PM

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin. gamabr BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan lima anggota Unit Pasukan Peronda (MPV) bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan membabitkan seorang pekerja kilang sehingga kerugian RM4,500 dalam kejadian di Permatang Tinggi di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, lima anggota berumur 24 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.15 malam tadi di Bukit Mertajam selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada seorang lelaki berusia 27 tahun.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan secara terperinci dan telus serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes jenayah atau rasuah.

"Dalam kejadian 10.15 malam Khamis lalu, mangsa yang sedang memandu kereta mendakwa telah ditahan dua kereta MPV polis yang mengarahkannya berhenti di tepi jalan dan tiga anggota kemudian membuat pemeriksaan terhadapnya.

"Semasa pemeriksaan, seorang daripada anggota polis telah menjumpai satu beg plastik mengandungi serbuk disyaki dadah di dalam kereta mangsa, namun dia menafikan tentang beg plastik itu sebelum polis terbabit terus mengatakan bahawa dadah itu milik mangsa dan boleh dikenakan hukuman berat," katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Khaw berkata, mangsa mendakwa sebuah lagi kereta MPV yang dinaiki dua anggota polis datang ke situ sebelum mangsa diarah membayar sebanyak RM10,000 jika tidak mahu ditangkap.

Selepas berbincang, beliau berkata, mangsa telah diminta membayar sebanyak RM4,500 dan dia telah pergi mengambil wang di sebuah bank berhampiran dan menyerahkan wang itu sebelum membuat laporan polis.

Menurut Khaw, kesemua lima anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah itu kini direman empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

"Saya beri jaminan yang siasatan terhadap mereka akan dijalankan secara terperinci dan dibuat sama seperti mana-mana penjenayah walaupun suspek anggota polis.

"Amanat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada 1 Februari lepas tentang tindakan salah laku pegawai dan anggota polis akan diambil tindakan tegas serta disiasat secara telus, akan dilaksanakan terhadap mana-mana polis yang bertugas di Pulau Pinang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad