web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Charles III Zahir Tahniah Untuk Agong Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 9:02AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Pemerintah United Kingdom (UK) Raja Charles Ill dan Ratu Camilla menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena pengisytiharan baginda sebagai Yang di- Pertuan Agong ke-17 Malaysia.

"Ratu beta turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah pada hari Tuanku memulakan pemerintahan di Malaysia," titah baginda dalam hantaran Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur di X.

Kelmarin, Sultan Ibrahim telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu Malaysia dalam upacara yang penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang selepas tempoh pemerintahan baginda selama lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berakhir pada 30 Januari.

Raja Charles turut menzahirkan harapan untuk menjalin kerjasama dengan Sultan Ibrahim bagi memastikan agar hubungan antara Malaysia dan UK kekal utuh serta menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama.

"Secara khusus, beta berharap kita akan terus menjalin kerjasama bagi menangani perubahan iklim dan mempertingkat kelestarian alam sekitar kerana ini adalah isu global yang memberi kesan kepada hidup kita pada masa akan datang," titah baginda.

Raja Charles turut bertitah, baginda masih ingat akan kunjungan ke Malaysia pada 2017 dan berharap dapat mengulanginya pada masa depan untuk meraikan hubungan rapat kedua-dua negara.

Pada 2017, Raja Charles yang ketika itu adalah Putera Wales serta Ratu Camilla telah berkenan berkunjung ke negara ini sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik UK dan Malaysia.

Sepanjang lawatan tujuh hari itu, pasangan diraja berkenaan berkenan melawat beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Perak, Sarawak dan Pulau Pinang serta mengambil bahagian dalam pelbagai acara penting. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad