web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Seksual Di Kelantan Meningkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 8:50PM

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -Sebanyak 249 kes kesalahan seksual dilaporkan berlaku di Kelantan pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 52 berbanding 197 kes pada 2022.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata statistik itu melibatkan kes rogol,sumbang mahram, liwat, cabul serta kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017

"Pada tahun lalu sebanyak 115 kes rogol direkodkan manakala 36 bagi kes cabul, 17 kes sumbang mahram, lapan kes liwat dan 73 kes AKSTK.

"Pada 2022, pula sebanyak 85 kes rogol direkodkan selain 14 kes sumbang mahram (14), tujuh kes liwat, 32 kes cabul dan 59 kes AKSTK," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir

Mas semalam.

Muhamad Zaki berkata pada tahun lepas sebanyak 154 kes melibatkan mangsa berusia 16 tahun ke bawah berbanding 117 kes melibatkan usia sama pada 2022.

Beliau berkata, bagi kes rogol melibatkan remaja di bawah 16 tahun, sebanyak 78 kes direkodkan berbanding 61 kes pada 2022.

"Jika dilihat kepada statistik ia menunjukkan peningkatan dan kita sudah melaksanakan pelbagai program termasuk melibatkan pelajar bagi membanteras kegiatan sosial yang memudaratkan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad