web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bidaan Siri Gold Sempena Jubli Emas Hari Wilayah Persekutuan Dibuka 1 Februari - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 4:25PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menunjukkan antara nombor istimewa yang ditawarkan pada sidang media di Kementerian Pengangkutan, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bidaan bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 dilaksanakan pada 1 Februari hingga 5 Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Februari.

"NPI ialah tanda indeks yang mempunyai prefix (hadapan) iaitu siri GOLD yang melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50. la dibuka untuk bidaan pada 1 Februari bermula jam 12 tengah hari hingga 5 Februari jam 10 malam.

"Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan iaitu bagi nombor bernilai utama bermula RM20,000, nombor menarik bermula RM3,000, nombor popular bermula RM800 manakala nombor biasa bermula RM300," katanya dalam sidang media NPI hari ini.

Loke berkata, penawaran melalui Sistem JPJeBid ini juga adalah usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan pendigitalan sepenuhnya.

Tambahnya, bidaan bagi siri NPI adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil tersebut akan dikembalikan semula kepada MOT.

"MOT akan gunakan dana ini untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat dan pemegang taruh di bawah MOT, antaranya bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FLYsiswa.

"Selain itu, kami juga akan laksanakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi semua pemandu teksi seluruh negara sejurus selepas dapat hasil bidaan NPI siri GOLD ini," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, perincian mengenai caruman PERKESO itu akan diumumkan kemudian selepas memperoleh hasil bidaan NPI siri GOLD ini.

"Rekod yang pernah kami dapat paling tinggi adalah bidaan bagi siri FF iaitu sebanyak RM35 juta. Saya rasa bagi siri GOLD ini lebih ramai peminatnya, jadi kami perkenalkan siri ini bertepatan dengan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan dan berharap hasilnya akan melebihi hasil siri FF," katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, pelbagai inisiatif yang diperkenalkan MOT dengan hasil kutipan bidaan telah banyak membantu rakyat antaranya bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan berharga RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Inisiatif ini dilaksanakan pada sambutan Krismas tahun lalu yang telah memanfaatkan seramai 6,369 penumpang. Jumlah subsidi yang kerajaan tanggung bagi inisiatif ini sebanyak RM2.7 juta dengan purata subsidi bagi setiap tiket sebanyak RM429. Inisiatif ini akan diteruskan untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya kelak.

"Selain itu, inisiatif tambang percuma KTM komuter sempena sambutan Thaipusam selama 48 jam telah beri manfaat kepada 300,325 penumpang yang semuanya menghala ke Batu Caves," katanya.

Tambahnya, meskipun terdapat sedikit kelemahan disebabkan terdapat kejadian pokok tumbang menyebabkan berlakunya kelewatan tren dan frekuensi terjejas, namun ia akan terus ditambah baik pada masa akan datang. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran