web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 Keterangan Direkodkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 8:26AM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada program dialog awam di Klang, semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya, tidak akan pernah berhenti menyiasat dan akan terus mencari petunjuk baharu berdasarkan semua maklumat.

"Lebih 200 orang kita panggil. Sejak awal-awal kita sudah siasat kedua-dua blok sebab itu, memang ramai.

"Buat masa ini tiada perkembangan baharu, kita masih menilai bahan bukti yang dikumpul. Seperti saya katakan tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat," katanya pada sidang akhbar selepas program dialog awam bersamanya di sini, semalam.

Mohd Suhaily berkata anggotanya masih berada di lapangan, bagi berjumpa dengan masyarakat setempat sekiranya ada maklumat yang tertinggal walaupun kecil.

Pada 5 Disember tahun lepas, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai dekat sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui mati pada 6 Disember tahun lalu, sehari selepas dilaporkan hilang.
Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui mati pada 6 Disember tahun lalu, sehari selepas dilaporkan hilang.

Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.

Sementara itu, dalam program dialog awam itu, Mohd Shuhaily turut mengingatkan pegawai penyiasat supaya tidak membuang masa pengadu atau saksi ketika hadir memberi keterangan.

"Harapan saya semua pegawai (penyiasat) perlu beri penekanan kepada masa, supaya tidak membuang masa mereka (pengadu atau saksi) menunggu. Jangan layan saksi seperti mereka tidak mempunyai perkara untuk dilakukan.

“Mereka datang (untuk beri keterangan) sebab patuh pada proses, janganlah buat mereka begitu. Mereka yang datang itu bukan hendak kena curi dan kena ragut," katanya ketika menjawab soalan peserta dialog awam itu mengenai sikap pegawai yang membuang masa saksi atau pengadu yang hadir untuk memberi keterangan.

Mohd Suhaily berkata perkara itu membuatkan terutama mereka yang makan gaji hari akan hilang pendapatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad